anak zaman ini......
solatnya tertinggal di kaca TV
penyayi pujaan di anggap setaraf dengan nabi
cakera padat nya "kitab suci",
itulah santapan rohani bagi mereka yang lalai......
anak zaman ini...
di pawagam zikirnya mati,
pelakon pujaan bagaikan wali,
filem-filem dan fesyen yang terkini dan terbaru,
itulah kemajuan yang dibanggai......
anak zaman ini...
doa tak sefasih cacian,
"usrah" sebagai pesta keramaian,
kerana masjid di anggap hiasan pembangunan,
agama hanya di sijil untuk pekerjaan......
anak zaman sekarang ini...
halal dan haram perkataan seerti itu baginya hanya hidup sekali,
maksiat menjadi urat nadi kalau tak buat tak senang hidup,
fikiran jasmani di jajah yahudi......kawalah fikiran rohani agar kekal dalam islam,
dan dadah menjadi makanan asasi..........
renungkanlah puisi diatas..... adakah kita termasuk dalam golongan diatas. jika ya... segeralah bertaubat sebelum ajal datang menjemput anda
jangan bermain api di malaysia
-
Baca dengan hati seorang ISLAM?
Saya ingin berkongsi cerita in dengan anda semua mengenai sikap segelintir
orang Melayu kita atau lebih tepat lagi orang Isl...
15 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan